Rabu, 6 Mei 2009

Hala-Tuju Penternakan Arnab Pedaging - JOE MENDULA

Sejak akhir-akhir ini, pertanyaan mengenai arnab pedaging semakin hangat dari masyarakat Malaysia. Di pasaran antarabangsa pula, semenjak merebaknya virus nipah & Influenza A terhadap khinzir dan virus selesema burung terhadap ayam & itik , daging arnab telah menjadi alternatif terbaik. Banyak persatuan dan badan-badan kerajaan negara-negara tertentu telah mula mengorak langkah-langkah positif bagi mempertingkatkan pengeluaran daging arnab.

Amat malang sekali, di Malaysia ini pihak-pihak yang sepatutnya mengambil bahagian secara serius kearah usaha itu, sekadar mengambil dasar tunggu dan lihat. Di beberapa negara lain hospital-hospital mereka telah pun menggantikan menu daging ayam kepada daging arnab, perusahaan sosej & burger pun kini telah menambah variasi produk mereka dengan peghasilan produk berasaskan daging arnab.

Dari tinjauan kami terhadap permintaan daging arnab masakini, ada pengusaha yang terpinga-pinga, apabila ada pihak yang berhasrat untuk memborong 10,000 ekor arnab sebulan. Tapi hakikatnya angka itu dianggap kecil berbanding dengan permintaan sekarang. Langkah segera perlu diambil.

Sebenarnya penternakan arnab pedaging sudah bermula pada hujung era 80an, namun kehangatan komoditi itu hanya sementara, gara-gara peningkatan harga dedak pada masa itu dan ditambah lagi dengan kegagalan pelan pemasaran untuk menyedarkan rakyat malaysia tentang khasiat daging arnab serta prospektif perusahaan arnab itu sendiri.

Mungkin juga kerana ketiadaan medium perantaraan pada masa lalu, pengeluar dan pembeli tidak dipertemukan, teknologi pemakanan alternatif juga tidak dikembangkan, maka terumbang-ambinglah penternak2 arnab pada masa itu. Namun pada masakini wadahnya sudah berbeza, Internet sudah menjadi medium pengataran yang baik. Para peternak sudah boleh berbincang didalam forum atau blog, pasaran juga mudah dicari.

Memang perusahaan arnab pedaging berada pada zaman susah sebelum ini , arnab bukanlah komoditi penting, yg diperlukan oleh masyarakat, kerajaan sendiri pun tidak merasa perlu untuk campur tangan dalam menentukan harga arnab. Berbeza dengan harga lembu, ayam, kambing atau komoditi penternakan lain yg termasuk kedalam komoditi utama.

Pada ketika harga daging lembu & ayam melonjak, kerajaan segera mengambil langkah perlu mengawal kenaikan harga tersebut,..tapi berbeza pada ketika harga arnab susut pada RM3~RM4 /kilo satu ketika dahulu, tiada siapa yang mempertahankan penternak arnab pada masa itu. Maka pasaranlah yg akan menentukan harga arnab.

Hal ini jugalah yg menyebabkan harga arnab disesebuah daerah atau negeri tidak selari dan berbeza-beza. Sehingga jika kita ingin memulakan usaha penternakan arnab pedaging ini, kita harus melakukan survei pada harga pasaran terlebih dahulu dan melakukan perhitungan untung-ruginya.

Masalah penternakan arnab pedaging hari ini adalah jumlah order yg sering kali tidak sesuai dengan kemampuan peternak. Kebanyakan P.O datang meminta daging arnab dalam jumlah yg sangat besar serta secara konsisten. Bayangkan saja, rakan kami pernah mendapatkan permintaan daging arnab (sudah disembelih) sebanyak 5 ton!!

Umumnya berat karkas arnab adalah 33% (sepertiga) dari berat hidup, ertinya jika arnab hidup memiliki berat 3kg, maka saat disembelih berat dagingnya hanya sekitar 1kg saja. Jika P.O tersebut menuntut jumlah sebanyak 5 ton daging arnab/bulan maka kita harus menyiapkan 15 ton arnab hidup, atau 5000 arnab/bulan.

Tentu ini bukan perkara yg mudah, banyak aspek yg harus difikirkan, bermula dengan tempat penyembelihan, pekerja, freezer,dll. Dan pastinya P.O seperti itu biasanya bersifat profesional, yakni jika kita tidak mampu memenuhi P.O tersebut sepertimana dalam ageement perjanjian, maka kita akan dikenakan denda. Ini sangat rumit !!, tapi itulah cabarannya, yang berjaya melepasinya akan muncul sebagai pemenang.

Ganjarannya satu perniagaan yang sangat menguntungkan , sertai kami...penternak2 arnab Bumi Hang Tuah Melaka !!!!

3 ulasan:

  1. sy ema,sy juga menternak arnab tempatan..akan tetapi sy tidak pandai ingin menjual@komersialkn di pasaran arnab sy..sehingga kini arnab saya mencecah ratusan ekor ..ada pelanggan yg datang membeli di rumah sy tetapi bilangannya terlalu kecil..0146214005

    BalasPadam
  2. sya zul...ingn pelihara n m,jual dging arnab...

    BalasPadam