Jumaat, 8 Mei 2009

Dari 2 Ekor, Mengejar Impian Sebuah Ladang

Salam Semua,
Pada petang raya ke-4, tahun 2006 aku membawa anak2 ku ke sebuah pet shop di Kampung Jawa, Melaka. Dengan duit raya yang mereka ada, anak-anakku telah mengongsikan pelaburan untuk membeli sepasang arnab yang berusia 5 bulan. Seekor Coklat dan seekor broken black/white. Tak sampai 2 bulan, mereka telah melahirkan seekor anak sulong...namun usianya tak sampai seminggu.
Diawal pemeliharaan, beberapa kali kelahiran terjadi tapi hampir semuanya mati. Teknik pemeliharaan hanyalah apa yang diajarkan oleh orang2 tua di kampung kami. Namun setelah beberapa bulan, kami semakin memahami kerenah arnab2 kampung itu.
Menjelang hari Raya 2007, kami telahpun mempunyai sekandang arnab (>15ekor).
Kami mula memasarkan anak-anak arnab kampung itu dipetshop sekitar bandar Melaka pada harga RM10~12 seekor.
Dengan wang hasil jualan tersebut tersebut dan dengan perkenalan dengan Capt. Zaman (Kajang) via thread BicaraJutawan, kami telah meningkatkan pembakaan kepada baka yang lebih cantik (Lion Head crossed Angora). Dengan baka yang lebih baik, kami telah meningkatkan pendapatan 3X ganda kerana harga pasarannya lebih tinggi.
Kami terus membawa masuk aneka baka Arnab demi untuk memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan kami. Arnab-arnab dari baka Holland Lop, Fuzzy Lop, Cashmere Lop, English Spot, Herlequin Angora, Spot Angora telahpun ada dalam simpanan kami kini selain dari baka Lionhead.
Kini, atas kerjasama dengan saudara Hafiz Hanz dan Jabatan Veterinar Melaka, kami mengorak langkah menceburi penternakan arnab pedaging. Untuk peringkat awal ini, kami telah membawa masuk 21ekor baka besar tempatan untuk kami biakkan bagi menyediakan kuantiti secukupnya untuk kami membuka Ladang Arnab di Merlimau pada awal tahun 2010.
Itulah harapan kami. Didorong untuk mewariskan sesuatu pada anak2 kami satu hari nanti.

8 ulasan:

  1. Salam...

    Saya ucapkan SELAMAT BERJAYA kepada bro.JM... Bagi sesiapa yang mengenali bro.JM lebih dekat daripada hanya sebagai MOD di bicarajutawan.com, sudah tentu akan berubah minda (kalo yg jenis suka merapu cam saya..). Bro.JM memang bermula daripada tapak yang paling bawah sebelum menjadi penternak seperti sekarang... TAHNIAH! Semoga cita-cita & azam hendak membuka ladang ternakan arnab satu pada 2010 akan terlaksana, kalau panjang umur & ada modal, boleh saya join sekali...

    BalasPadam
  2. www.arnabmanjew.blogspot.com

    BalasPadam
  3. salam bro joe.. bila baca pasal dr 2 ekor mengejar impian sebuah ladang ni terigt lak time sya memula bela arnab dulu.. dr sepasang sampai la ke sekrg ni.. cuma sya ni lambat la sikit.. tahun hujung2 2007-2008 cam tu baru mula bela..pejalanan cite seakan sama je..memang boleh merasai n memahami sgt la perjalan cerita bro joe ni..sya dulu pun mula2 ternak arnab ni kan.. time tu penganngur lak tu.. n skrg ni je baru bekerje untuk mengumpul modal mengejar ladang impian..huhu... cuma skrg sya dah lebih fokus kepada baka mix je.. ape2 pun semoga berjaya.. semoga suatu hari nt kita dapat berurusan..wassalam..

    BalasPadam
  4. As Salaam Alaikum,
    Saya baru nak menceburi perniagaan penternakan arnab..blh tak saudara bekalkan arnab2 pada saya dgn harga yg murah??
    Blh bantu saya??hubungi saya..
    need your help..
    Faiz-0132677455

    BalasPadam
  5. Assalamualaikom. Saya baru nak menceburi perniagaan penternakan arnab..blh tak saudara bekalkan arnab2 BAKA PEDAGING kepada saya dgn harga yg murah??
    Blh bantu saya??hubungi saya..anggaran 2 jantan umur 8 bulan, 20 betina umur anggaran 5 bulan
    need your help..

    BalasPadam
  6. Salam. Saya perlukan 2 jantan (umur 8 bulan) dan 20 betina (umur 5 bulan) pada harga murah, Baka pedaging. Hubungi saya (Hairuddin) HP 0136299518. Bantuan anda amat dihargai

    BalasPadam
  7. Salam..saya sgt berminat dlm penternakan arnab..saya perlukan 1ekor jantan 8 bulan dan 5 ekor betina 5 bulandgn harga y murah, baka pedaging.hubungi saya(hadi) hp 0133650711. Bantuan anda amat digargai.

    BalasPadam