Rabu, 6 Mei 2009

Mengapa Daging Arnab Tidak Dimanafaatkan

Di Malaysia ini, seringkali kita mendengar masyarakat merasa geli atau tidak sanggup untuk memakan daging arnab, antara komen yang paling kerap ialah ;
  • Terlalu comel untuk dijadikan makanan

  • Macam makan kucing la...

  • Halal ker...dia tu bukan keluarga tikus ker?

Yer... itulah 3 jawapan kerap yang diberikan bagi kita semua yang menidakkan daging arnab.

Namun hanya segelintir sahaja yang mengetahui bahawa daging arnab ini adalah daging yang berkhasiat dengan kadar proteinnya yang tinggi, kolestral dan kalori yang rendah .

Dipercayai, daging arnab boleh mengubati penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti :

  • Asma
  • Semput
  • Paru2 berair
  • Batuk Kering

Daging arnab adalah halal, ingat.... arnab bukan tikus (Rodent), mereka adalah dari haiwan filum kordata dalam kelas mamalia dalam order lagomorpha.

Kalau comel pula yang menjadi penghalang, jangan lupa...burung puyuh juga comel, begitu juga ikan, kambing biri2 dan ternakan2 yang lain.

Sebenarnya, kita ini hanyalah tidak biasa dengan daging arnab, ibubapa kita tidak ajar kita memakan arnab sejak kecil, itu sahaja

Janganlah disisihhkan daging putih yang halal ini, ia adalah nikmat Allah yang harus kita manafaatkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan