Selasa, 13 Oktober 2009

Tranformasi Rabbitry Kecil Dibelakang Rumah

Aku mengambil tindakan nekad untuk melabur RM20K untuk meningkatkan pengeluaran dan memperbaiki imej rabbitry di belakang rumah ini.

Demi sesuatu yang lebih presentable, aku menggunakan sebahagian wang pampasan (pemberhentian kerja) untuk menyiapkan infrastruktur yang lebih baik hanya kerana aku minat arnab, aku sayang mereka dan aku ingin melangkah jauh dalam arena ini.......


Betul atau salah aku letak ketepi, aku mahukan rabbitry yang lebih selesa. Dilengkapi dengan meja kerja, stor/bilik pekerja , toilet, 130 cell baru, dengan kemudahan air minuman automatik untuk arnab2ku. Termasuk juga zink metaldeck memagari kawasan , Aku rasa ianya pelaburan berbaloi.



Aku kini sudah tiada pekerjaan, rabbitry inilah pekerjaanku, itu jugalah periuk nasi kami sekeluarga. Dengan kerjasama kawan2, aku makin yakin dengan halatuju penternakan ini. Apapun, ini hanyalah permulaan.....This is just the begining.

7 ulasan:

  1. caya la bro..semoga mnjdi peransang smgt kpde kami

    BalasPadam
  2. Alhamdulllah..semoga menjadi perangsang dan pemangkin pada kami semua...yg masih di garisan permulaan ni...Didoakan diberkati Allah dan berjaya seperti yg dirancang..

    BalasPadam
  3. teruskan usaha~ kita sama takda keja~ AHHAhAAH

    BalasPadam
  4. Usaha Tangga kejayaan!Rom tidak dibina dalam masa 50 thn atau 100 thn.semoga berjaya.

    BalasPadam
  5. semoga allah murahkan rezeki kepada perternak2 arnab muslim AMIN.....

    BalasPadam
  6. Tima kasih semua. Aku doakan kejayaan korang jua. Semoga niat yang murni akan mendapat keberkatan.

    BalasPadam