Selasa, 19 Januari 2010

Keluar Dari Kepompong

Kami faham bahawa memasarkan arnab dari rumah melalui pengiklanan di internet sahaja tidak memadai. Para pelanggan mungkin berubah hati beberapa jam selepas melihat iklan2 kita di portal2 jualan umum. Malahan tidak ramai yang menemui iklan2 kita secara tidak sengaja, hanya yang betul2 mencari sahaja yang akan menemui kami.

Maka....atas kesedaran itu, kami harus keluar untuk memperkenalkan diri. Kami harus menguji kekuatan pasaran diluar sana. Sasaran kami adalah untuk memasarkan arnab di tempat tumpuan ramai...kami mahu arnab dikenali oleh masyarakat umum....kami mahu lancarkan gelombang "perniagaan arnab" di mata masyarakat...menghidupkan kembali aktiviti perniagaan berkaitan arnab dari "zaman gelapnya".

Misi pertama kami bermula pada bulan Ogos 2009. Kami mula muncul dikhalayak ramai dengan menyertai Karnival Hari Peladang Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan di MITC Melaka.


Alhamdullillah, sambutannya sungguh luarbiasa. Lebih 200 ekor arnab-arnab kami dari pelbagai baka telah terjual dalam tempoh seminggu itu. Nilai jualannya pula melepasi 5 angka pada hari ke 5.

Kami merasa sungguh teruja, keyakinan dan semangat untuk mengembangkan perniagaan ini juga semakin meningkat.

Jika pada misi pertama, kami fokuskan pada penjualan arnab hias dan aksesorinya, langkah seterusnya pula, kami ingin mencuba memasarkan produk makanan berasaskan daging arnab. Pada percubaan kedua ini, kami memilih untuk menyertai karnival "Industri Asas Tani" yang berlansung juga di Ayer Keroh Melaka pada 11~13hb Dis 2009.


Karnival ini juga ada kejayaannya yang tersendiri, kami telah buktikan pada agensi tertentu bahawa masyarakat Melaka juga menerima kehadiran daging arnab dalam kepelbagaian pasaran livestok negara ini seperti juga dinegeri2 yang lain. Daging arnab yang dibuat sate, burger, bergedil, kuih cara, karipap daging "licin" setiap hari.

Cuma jualan bagi rendang dan kari arnab agak lesu. Sebabnya adalah mudah....masyarakat menerima daging arnab dalam bentuk kisar atau hirisan tanpa tulang. Tetapi masyarakat belum berapa mahu memakan arnab sekiranya bentuk ketulan tulang bersalut daging masih kelihatan.

Kami juga telah menerima tawaran membekal produk sejuk beku berasaskan daging arnab melalui karnival tersebut. Malangnya kami masih belum ada kapasiti untuk mengeluarkannya dalam skala besar....huhuhu ( Lom cukup modal daaa )

Misi seterusnya adalah penjualan secara mingguan. Expo atau karnival sebelum2 ini hanyalah event berkala. Kami perlu menjana pendapatan secara konsisten. Maka untuk tujuan itu, kami memilih untuk berniaga 3hari seminggu (Jumaat, Sabtu, Ahad) di kawasan yang paling sesak di Negeri Melaka ini iaitu di Uptown Banda Hilir. Kami mula menyertai Pahlawan Walk pada pertengahan Disember lalu.
Menjual 20ekor arnab sehari ada terlalu senang di sini. Setiap hari kami mensasarkan jualan 3 ekor arnab hi-grade (RM100~RM250), 7 ekor mid-grade (RM25 ~RM80) dan lo-grade (RM15~RM20), itu sahaja.
Purata jualan kami adalah RM600 satu malam. Pada awal bulan pula kami sasarkan RM1000 satu malam. Alhamdulillah kami mencapai 100% on target setakat ini hatta pada hari pertama berniaga disitu.
Kami ada langkah baru. Cuma belum berani untuk menjelaskannya disini pada waktu ini. Insyallah bila tiba waktunya akan kami kongsikan dengan anda semua.

18 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan Blog,

    Patut la time saya g pasar mlm tu ade org bwk cage dgn arnab 2 ekor... tp xberkesempatan lak nk sembang dgn tuan blog.

    Ada rezki kite jumpe lagi...

    Senang2 usha blog saya:-

    projekmeru.blogspot.com

    BalasPadam
  2. -saya ada beli arnab kat uptown
    -masalahnya saya beli harga 150 tedy bear tapi dah 2 minggu mcm tak jadi tedy bear.panjang bdn dan rasa mcm lionhead sebab bulu naik di keliling leher.mcmana citer tu?

    BalasPadam
  3. Salam Tuan Tanpa Nama,

    Jika benar begitu....saya akan ganti.
    Kawan2 saya bagitau tuan tak mau terima bila diaorg nak ganti. Diorang offer arnab T.Bear baru rega lionhead pun Tuan tak mau...
    So...apa yg tuan mahu sebenarnya...?
    Sekadar mejaja cerita itu di bermacam2 blog dan shout box.
    Tak baik Tuan....jangan buat begitu...tapi takpe, Allah Maha Adil.

    BalasPadam
  4. saya kena jawab jawapan en joe.sebenarnya saya bukan nak mintak tukar.tapi saya bawak untuk tunjuk dan pastikan arnab tu tedy bear ke tak.mula pekerja u tgk, dia kata tedy bear.tapi pekerja u perli saya,dia kata tedy bear kat rumah dia lagila takda bulu.terkejut jugak dengar jawapan dia.takpala.saya pergi gerai lain untuk beli brg lain.saya datang ke gerai encik semula untuk bawak balik arnab saya,saya disapa dan dicadangkan untuk trade in arnab saya dan ambil tedy bear lain.saya pun pelik mula kata arnab saya tedy bear,lepas tu ofr saya tukar.saya pun tengah pilih.dalam asyik memilih,sorang pekerja u kata kalau saya jadi abg, saya tak trade in,saya cari lagi sekor tambah.sekali lagi saya terkejut dengan kenyataan tu.saya pun tertanya jugak apa sebenarnya yang diaorang maksudkan.saya minta maaf en joe.saya kena ceritakan supaya en joe tak dengar sebelah pihak aje.lepas tu en joe kata saya jaja cerita.takda niat langsung saya nak jejaskan bisnes en joe.tapi saya terkilan jugak dengan kenyataan pekerja u yang perli saya dan tak tetap pendirian.sekejap kata tedy bear sekejap ofer saya pulak.tapi saya anggap perkara dah settle.nanti en joe pecat pekerja en joe, susah pulak diaorang.saya tak niat nak malukan en joe.tapi itulah yang berlaku malam tu.en joe boleh tanya fitri,dia bersama saya masa tu.saya akhirnya cakap dengan fitri saya ambil balik arnab saya sebab tak sampai hati nak tukar.saya buat macam tu sebab malas nak pikir.macam-macam cadangan saya dengar dari pekerja en joe.saya pun ada perasaan.tapi saya rasa en joe kena jumpa pekerja en joe cakap dengan dia orang janganla cakap dengan customer macam tu.mungkin betul dia cakap arnab tedy bear dia memang takda bulu.saya ni bukan arif dalam hal arnab ni.oklah semoga jawapan saya ini dapat beri gambaran yang jelas kepada en joe.en joe kena dengar cerita saya jugak kan.takpala saya ada banyak kerja nak buat.kalau ada rezeki kita jumpa lagi. assalamualaikum

    BalasPadam
  5. kesimpulan nya perkara dah settle antara saya dengan en joe.kepada kawan kawan en joe penternak arnab seluruh malaysia.perkara ini bukan salah en joe.mngkin ada salah faham antara saya dan pekerja beliau.sekian terima kasih.assalamualaikum.

    BalasPadam
  6. Salam Tuan Tanpa Nama,

    Terima kasih atas penjelasan tersebut.
    Apa yg dijelaskan pada saya, mereka offer Turkish angora yg berharga RM250, dengan harga RM100,(reduce RM150) tapi gerenti gebu. kerana ia produk kami sendiri.

    Teddy bear yg En beli pada harga RM140 itu adalah barang dari Thailand yg dibawa oleh supplier kami(yg turut hantar SMS pada encik tempohari).

    Saya sudah komplen isu ini pada mereka dan mereka berjanji utk lebih berhati2 lepas ini.

    Tawaran masih terbuka, En masih boleh datang ambil seekor Teddy Bear percuma dari kami sampai hujung minggu ini....Jika tidak datang juga, kami andaikan en sendiri yg tidak mahu.

    Segala kesulitan amat dikesali. Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  7. -en joe kena betulkan ayat tu.bukan saya tak datang sebab saya tak mahu.tapi malas jumpa dengan pekerja en joe.sekian

    BalasPadam
  8. salam..sy berminat nk mengusahakan ternakan arnab ni,sy nk tau dari mana sy blh mndapatkan benih arnab ni di perak?pasarannya meluas x?harap sesiapa yg ble tlg rply ke email sy

    BalasPadam
  9. assalamualaikum...em saya amat tertarik dengan cara abg menjual arnab secara komersial...tetapi saya juga seorang pengusaha merangkap penternak yg hampir putus asa berikutan semakin ramai pengusaha arnab di tempat saya...boleh x abg cadangkan sesuatu utk sye supaya dapat memasarkan ke peringkat lebih tinggi?

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..
    Skrg abg still berniaga kt Uptown bndr hilir lg ke..?

    BalasPadam
  11. salam.
    sy nak tanye, sy dr sarawak nak beli arnab jenis baka holland lop, cam mne? bleh ke antar.?sbb kat sarawak xde jual arnab jenis tu..

    BalasPadam
  12. sy ada bli arnab lion head dkt masjid tanah..tp syg da mati..ley tau x dkt mne lg ade wat jualan terbuka...?n harga bpe eyk??

    BalasPadam
  13. camne nk dpt arnab baka antar ke sarawak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. pm saya untuk perhataran ke sarawak sbb saya orng sarawak.nanti senang berurusan van_wilder1992@yahoo.com

      Padam
    2. saya berminat nak tau mcmana nak dpt arnab holland lop hantar ke sarawak....

      Padam
  14. Salam... Skrang masih jual arnab kat melaka lagi ke. Kat mana tmptnya. TQ

    BalasPadam
  15. salam,,sy ade bela arnab untk suka2 sje.tpy arnab sy dh jd byk. Baka mixed tpy bkn dgn tmptn dgn orignal anggora,tedy bear,dan laionhead sy.klo ad pembce blog nk beli,kol lah sy 0176554826(mamat) harga seekor sy kira ikut usia dan bulu. Klo 2 bln rm35 3-4bln hrga 45 6bln ke atas rm80 nk diskaun blh aje...

    BalasPadam