Selasa, 19 Januari 2010

Keluar Dari Kepompong

Kami faham bahawa memasarkan arnab dari rumah melalui pengiklanan di internet sahaja tidak memadai. Para pelanggan mungkin berubah hati beberapa jam selepas melihat iklan2 kita di portal2 jualan umum. Malahan tidak ramai yang menemui iklan2 kita secara tidak sengaja, hanya yang betul2 mencari sahaja yang akan menemui kami.

Maka....atas kesedaran itu, kami harus keluar untuk memperkenalkan diri. Kami harus menguji kekuatan pasaran diluar sana. Sasaran kami adalah untuk memasarkan arnab di tempat tumpuan ramai...kami mahu arnab dikenali oleh masyarakat umum....kami mahu lancarkan gelombang "perniagaan arnab" di mata masyarakat...menghidupkan kembali aktiviti perniagaan berkaitan arnab dari "zaman gelapnya".

Misi pertama kami bermula pada bulan Ogos 2009. Kami mula muncul dikhalayak ramai dengan menyertai Karnival Hari Peladang Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan di MITC Melaka.


Alhamdullillah, sambutannya sungguh luarbiasa. Lebih 200 ekor arnab-arnab kami dari pelbagai baka telah terjual dalam tempoh seminggu itu. Nilai jualannya pula melepasi 5 angka pada hari ke 5.

Kami merasa sungguh teruja, keyakinan dan semangat untuk mengembangkan perniagaan ini juga semakin meningkat.

Jika pada misi pertama, kami fokuskan pada penjualan arnab hias dan aksesorinya, langkah seterusnya pula, kami ingin mencuba memasarkan produk makanan berasaskan daging arnab. Pada percubaan kedua ini, kami memilih untuk menyertai karnival "Industri Asas Tani" yang berlansung juga di Ayer Keroh Melaka pada 11~13hb Dis 2009.


Karnival ini juga ada kejayaannya yang tersendiri, kami telah buktikan pada agensi tertentu bahawa masyarakat Melaka juga menerima kehadiran daging arnab dalam kepelbagaian pasaran livestok negara ini seperti juga dinegeri2 yang lain. Daging arnab yang dibuat sate, burger, bergedil, kuih cara, karipap daging "licin" setiap hari.

Cuma jualan bagi rendang dan kari arnab agak lesu. Sebabnya adalah mudah....masyarakat menerima daging arnab dalam bentuk kisar atau hirisan tanpa tulang. Tetapi masyarakat belum berapa mahu memakan arnab sekiranya bentuk ketulan tulang bersalut daging masih kelihatan.

Kami juga telah menerima tawaran membekal produk sejuk beku berasaskan daging arnab melalui karnival tersebut. Malangnya kami masih belum ada kapasiti untuk mengeluarkannya dalam skala besar....huhuhu ( Lom cukup modal daaa )

Misi seterusnya adalah penjualan secara mingguan. Expo atau karnival sebelum2 ini hanyalah event berkala. Kami perlu menjana pendapatan secara konsisten. Maka untuk tujuan itu, kami memilih untuk berniaga 3hari seminggu (Jumaat, Sabtu, Ahad) di kawasan yang paling sesak di Negeri Melaka ini iaitu di Uptown Banda Hilir. Kami mula menyertai Pahlawan Walk pada pertengahan Disember lalu.
Menjual 20ekor arnab sehari ada terlalu senang di sini. Setiap hari kami mensasarkan jualan 3 ekor arnab hi-grade (RM100~RM250), 7 ekor mid-grade (RM25 ~RM80) dan lo-grade (RM15~RM20), itu sahaja.
Purata jualan kami adalah RM600 satu malam. Pada awal bulan pula kami sasarkan RM1000 satu malam. Alhamdulillah kami mencapai 100% on target setakat ini hatta pada hari pertama berniaga disitu.
Kami ada langkah baru. Cuma belum berani untuk menjelaskannya disini pada waktu ini. Insyallah bila tiba waktunya akan kami kongsikan dengan anda semua.

Selasa, 13 Oktober 2009

Tranformasi Rabbitry Kecil Dibelakang Rumah

Aku mengambil tindakan nekad untuk melabur RM20K untuk meningkatkan pengeluaran dan memperbaiki imej rabbitry di belakang rumah ini.

Demi sesuatu yang lebih presentable, aku menggunakan sebahagian wang pampasan (pemberhentian kerja) untuk menyiapkan infrastruktur yang lebih baik hanya kerana aku minat arnab, aku sayang mereka dan aku ingin melangkah jauh dalam arena ini.......


Betul atau salah aku letak ketepi, aku mahukan rabbitry yang lebih selesa. Dilengkapi dengan meja kerja, stor/bilik pekerja , toilet, 130 cell baru, dengan kemudahan air minuman automatik untuk arnab2ku. Termasuk juga zink metaldeck memagari kawasan , Aku rasa ianya pelaburan berbaloi.



Aku kini sudah tiada pekerjaan, rabbitry inilah pekerjaanku, itu jugalah periuk nasi kami sekeluarga. Dengan kerjasama kawan2, aku makin yakin dengan halatuju penternakan ini. Apapun, ini hanyalah permulaan.....This is just the begining.

Jumaat, 3 Julai 2009

Pedaging Perlukan "Saiz Capaian" bukan "Pure Breeds"

Salam,

Saya selalu menerima inquiry berkenaan arnab pedaging. Namun ramai juga seakan2 tidak mahu meneruskan perbincangan apabila saya nyatakan bahawa arnab pedaging saya adalah "crossed bred". Saya tidak kecil hati pun jika mereka tidak mahu membeli dari saya. Apatah lagi, stok baka pedaging saya tidak pernah mencukupi.

Cuma saya tertanya2 dalam hati, kalau hendak disembelih, mengapa perlu "pure breed" atau arnab dengan "pedigree"?. Asalkan saiznya boleh menghampiri atau sedikit lebih dari 3kg, itu dah kira wajarlah. Mengapa perlu mengimpot dari luar negara untuk memulakan penternakan arnab. Bukankah kosnya tinggi dan bagi penternak baru, kos yang membazir perlulah dielakkan.

Tapi adalah lebih sedih bila ada yang memberitahu, saya dah dapat beli "pure-breed" dari seorang supplier di selangor dengan harga RM1000 untuk 3 ekor. Bila ditanyakan mana pedigreenya, mereka terkebil2. Selain dari itu saya tidak nampak apa2 tatoo ditelinga arnab tersebut. Maknanya arnab pedaging yg dibeli itu sama sahaja dengan apa yang kawan jual. Cuma bila penjualnya kata "Ini Ori", kita pun terus percaya bulat2.

Berhati-hatilah, tak perlu tergesa-gesa mencari "pure-breed". Orang yang bawa masuk pure-breed ini hanyalah profesional breeder yang mahu mengekalkan ciri-ciri ternakannya setanding dengan baka import. Induk import itu kelak akan di"mate"kan dengan baka pedaging yg mereka ada. Sifat arnab yang berevolusi boleh menyebabkan keturunan arnab semakin menyesuaikan diri dengan persekitaran. Akhirnya akan menyerupai "Arnab Localize" atau yang sering dikenali sebagai "Arnab Kampung".

Jumaat, 8 Mei 2009

Dari 2 Ekor, Mengejar Impian Sebuah Ladang

Salam Semua,
Pada petang raya ke-4, tahun 2006 aku membawa anak2 ku ke sebuah pet shop di Kampung Jawa, Melaka. Dengan duit raya yang mereka ada, anak-anakku telah mengongsikan pelaburan untuk membeli sepasang arnab yang berusia 5 bulan. Seekor Coklat dan seekor broken black/white. Tak sampai 2 bulan, mereka telah melahirkan seekor anak sulong...namun usianya tak sampai seminggu.
Diawal pemeliharaan, beberapa kali kelahiran terjadi tapi hampir semuanya mati. Teknik pemeliharaan hanyalah apa yang diajarkan oleh orang2 tua di kampung kami. Namun setelah beberapa bulan, kami semakin memahami kerenah arnab2 kampung itu.
Menjelang hari Raya 2007, kami telahpun mempunyai sekandang arnab (>15ekor).
Kami mula memasarkan anak-anak arnab kampung itu dipetshop sekitar bandar Melaka pada harga RM10~12 seekor.
Dengan wang hasil jualan tersebut tersebut dan dengan perkenalan dengan Capt. Zaman (Kajang) via thread BicaraJutawan, kami telah meningkatkan pembakaan kepada baka yang lebih cantik (Lion Head crossed Angora). Dengan baka yang lebih baik, kami telah meningkatkan pendapatan 3X ganda kerana harga pasarannya lebih tinggi.
Kami terus membawa masuk aneka baka Arnab demi untuk memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan kami. Arnab-arnab dari baka Holland Lop, Fuzzy Lop, Cashmere Lop, English Spot, Herlequin Angora, Spot Angora telahpun ada dalam simpanan kami kini selain dari baka Lionhead.
Kini, atas kerjasama dengan saudara Hafiz Hanz dan Jabatan Veterinar Melaka, kami mengorak langkah menceburi penternakan arnab pedaging. Untuk peringkat awal ini, kami telah membawa masuk 21ekor baka besar tempatan untuk kami biakkan bagi menyediakan kuantiti secukupnya untuk kami membuka Ladang Arnab di Merlimau pada awal tahun 2010.
Itulah harapan kami. Didorong untuk mewariskan sesuatu pada anak2 kami satu hari nanti.

Rabu, 6 Mei 2009

Hala-Tuju Penternakan Arnab Pedaging - JOE MENDULA

Sejak akhir-akhir ini, pertanyaan mengenai arnab pedaging semakin hangat dari masyarakat Malaysia. Di pasaran antarabangsa pula, semenjak merebaknya virus nipah & Influenza A terhadap khinzir dan virus selesema burung terhadap ayam & itik , daging arnab telah menjadi alternatif terbaik. Banyak persatuan dan badan-badan kerajaan negara-negara tertentu telah mula mengorak langkah-langkah positif bagi mempertingkatkan pengeluaran daging arnab.

Amat malang sekali, di Malaysia ini pihak-pihak yang sepatutnya mengambil bahagian secara serius kearah usaha itu, sekadar mengambil dasar tunggu dan lihat. Di beberapa negara lain hospital-hospital mereka telah pun menggantikan menu daging ayam kepada daging arnab, perusahaan sosej & burger pun kini telah menambah variasi produk mereka dengan peghasilan produk berasaskan daging arnab.

Dari tinjauan kami terhadap permintaan daging arnab masakini, ada pengusaha yang terpinga-pinga, apabila ada pihak yang berhasrat untuk memborong 10,000 ekor arnab sebulan. Tapi hakikatnya angka itu dianggap kecil berbanding dengan permintaan sekarang. Langkah segera perlu diambil.

Sebenarnya penternakan arnab pedaging sudah bermula pada hujung era 80an, namun kehangatan komoditi itu hanya sementara, gara-gara peningkatan harga dedak pada masa itu dan ditambah lagi dengan kegagalan pelan pemasaran untuk menyedarkan rakyat malaysia tentang khasiat daging arnab serta prospektif perusahaan arnab itu sendiri.

Mungkin juga kerana ketiadaan medium perantaraan pada masa lalu, pengeluar dan pembeli tidak dipertemukan, teknologi pemakanan alternatif juga tidak dikembangkan, maka terumbang-ambinglah penternak2 arnab pada masa itu. Namun pada masakini wadahnya sudah berbeza, Internet sudah menjadi medium pengataran yang baik. Para peternak sudah boleh berbincang didalam forum atau blog, pasaran juga mudah dicari.

Memang perusahaan arnab pedaging berada pada zaman susah sebelum ini , arnab bukanlah komoditi penting, yg diperlukan oleh masyarakat, kerajaan sendiri pun tidak merasa perlu untuk campur tangan dalam menentukan harga arnab. Berbeza dengan harga lembu, ayam, kambing atau komoditi penternakan lain yg termasuk kedalam komoditi utama.

Pada ketika harga daging lembu & ayam melonjak, kerajaan segera mengambil langkah perlu mengawal kenaikan harga tersebut,..tapi berbeza pada ketika harga arnab susut pada RM3~RM4 /kilo satu ketika dahulu, tiada siapa yang mempertahankan penternak arnab pada masa itu. Maka pasaranlah yg akan menentukan harga arnab.

Hal ini jugalah yg menyebabkan harga arnab disesebuah daerah atau negeri tidak selari dan berbeza-beza. Sehingga jika kita ingin memulakan usaha penternakan arnab pedaging ini, kita harus melakukan survei pada harga pasaran terlebih dahulu dan melakukan perhitungan untung-ruginya.

Masalah penternakan arnab pedaging hari ini adalah jumlah order yg sering kali tidak sesuai dengan kemampuan peternak. Kebanyakan P.O datang meminta daging arnab dalam jumlah yg sangat besar serta secara konsisten. Bayangkan saja, rakan kami pernah mendapatkan permintaan daging arnab (sudah disembelih) sebanyak 5 ton!!

Umumnya berat karkas arnab adalah 33% (sepertiga) dari berat hidup, ertinya jika arnab hidup memiliki berat 3kg, maka saat disembelih berat dagingnya hanya sekitar 1kg saja. Jika P.O tersebut menuntut jumlah sebanyak 5 ton daging arnab/bulan maka kita harus menyiapkan 15 ton arnab hidup, atau 5000 arnab/bulan.

Tentu ini bukan perkara yg mudah, banyak aspek yg harus difikirkan, bermula dengan tempat penyembelihan, pekerja, freezer,dll. Dan pastinya P.O seperti itu biasanya bersifat profesional, yakni jika kita tidak mampu memenuhi P.O tersebut sepertimana dalam ageement perjanjian, maka kita akan dikenakan denda. Ini sangat rumit !!, tapi itulah cabarannya, yang berjaya melepasinya akan muncul sebagai pemenang.

Ganjarannya satu perniagaan yang sangat menguntungkan , sertai kami...penternak2 arnab Bumi Hang Tuah Melaka !!!!

Masalah Gigi Terlebih Panjang- Incisor Malocclusion


Simptom:

Simptom “gigi terlebih panjang” atau disebut incisor malocclusion ini mudah dilihat. Arnab akan menghadapi kesukaran untuk makan, maka ia akan menjurus kepada penurunan berat badan.

Mulut arnab akan sukar ditutup kerana dihadang oleh gigi yg terlebih panjang itu. Permulaan keadaan tidak normal ini boleh dikesan dgn cara memeriksa struktur gigi atas dan bawah seseekor arnab. (Sebaiknya arnab dipegang secara membaring semasa melakukan proses ini). Air mata arnab mungkin akan mengalir dan ia berada pada situasi yg tidak selesa semasa pemeriksaan.

Punca:

Malocclusion terjadi apabila gigi atas dan bawah tidak bertemu secara selari semasa mengunyah, menyebabkan posisinya terkucil dan ia menjadi terlebih memanjang . Masalah ini akan menjadi agak serius jika tidak ditangani segera. Gigi bawah akan menyucuk ke hidung manakala gigi atas akan menyucuk rahang bawah.
Semasa mengunyah, gigi yg panjang itu akan menusuk pada bahagian2 tisu lembut dibahagian mulut arnab, ini akan menyebabkan kesakitan. Arnab mungkin akan mencabut bulunya dan menggigit “hairball” untuk meredakan rasa sakit itu . Keadaan begini juga sangat menyukarkan arnab mengambil makanannya.

Ada beberapa punca malocclusion ini yang telah dikenalpasti, kebanyakkan kes berpunca dari masalah kecacatan genetic atau pemakanan yang salah. (Lain2 penyebab malocclusion adalah seperti kecederaan atau permasalahan kalsium).

Kecacatan genetic (mandibular prognathism, atau MP) sering menjadi penyebab malocclusion pada gigi . Ia biasa didapati dalam penulisan tentang arnab. Dalam ketidaksempurnaan keturunan ini, kedua2 induk dan penjantan yang memiliki ciri ini akan menurunkannya pada anak2 mereka , 81% arnab yang menghidap penyakit ini akan membiakkan arnab yang mempunyai penyakit pada gigi.
Arnab yang mempunyai ciri2 ini akan menunjukkan tanda2 pemanjangan gigi pada usia 8-10 minggu- pada atau sebaik sahaja ia mula bercerai susu. Arnab penghidap ini tidak mungkin dapat untuk kembali pada keadaan normal.
Gigi yang panjang itu perlu kerap di”trim” untuk menepati kadar kepanjangan yg sesuai sehingga keakhir hayat arnab. Dalam kes2 yg extreme…gigi2 itu semuanya dicabut terus atau ada sesetengah pihak mengambil dasar mengambil nyawa sesekor arnab yang menghidapi simptom ini bagi menghentikan ketidakselesaan berpanjangan.