Selasa, 19 Januari 2010

Keluar Dari Kepompong

Kami faham bahawa memasarkan arnab dari rumah melalui pengiklanan di internet sahaja tidak memadai. Para pelanggan mungkin berubah hati beberapa jam selepas melihat iklan2 kita di portal2 jualan umum. Malahan tidak ramai yang menemui iklan2 kita secara tidak sengaja, hanya yang betul2 mencari sahaja yang akan menemui kami.

Maka....atas kesedaran itu, kami harus keluar untuk memperkenalkan diri. Kami harus menguji kekuatan pasaran diluar sana. Sasaran kami adalah untuk memasarkan arnab di tempat tumpuan ramai...kami mahu arnab dikenali oleh masyarakat umum....kami mahu lancarkan gelombang "perniagaan arnab" di mata masyarakat...menghidupkan kembali aktiviti perniagaan berkaitan arnab dari "zaman gelapnya".

Misi pertama kami bermula pada bulan Ogos 2009. Kami mula muncul dikhalayak ramai dengan menyertai Karnival Hari Peladang Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan di MITC Melaka.


Alhamdullillah, sambutannya sungguh luarbiasa. Lebih 200 ekor arnab-arnab kami dari pelbagai baka telah terjual dalam tempoh seminggu itu. Nilai jualannya pula melepasi 5 angka pada hari ke 5.

Kami merasa sungguh teruja, keyakinan dan semangat untuk mengembangkan perniagaan ini juga semakin meningkat.

Jika pada misi pertama, kami fokuskan pada penjualan arnab hias dan aksesorinya, langkah seterusnya pula, kami ingin mencuba memasarkan produk makanan berasaskan daging arnab. Pada percubaan kedua ini, kami memilih untuk menyertai karnival "Industri Asas Tani" yang berlansung juga di Ayer Keroh Melaka pada 11~13hb Dis 2009.


Karnival ini juga ada kejayaannya yang tersendiri, kami telah buktikan pada agensi tertentu bahawa masyarakat Melaka juga menerima kehadiran daging arnab dalam kepelbagaian pasaran livestok negara ini seperti juga dinegeri2 yang lain. Daging arnab yang dibuat sate, burger, bergedil, kuih cara, karipap daging "licin" setiap hari.

Cuma jualan bagi rendang dan kari arnab agak lesu. Sebabnya adalah mudah....masyarakat menerima daging arnab dalam bentuk kisar atau hirisan tanpa tulang. Tetapi masyarakat belum berapa mahu memakan arnab sekiranya bentuk ketulan tulang bersalut daging masih kelihatan.

Kami juga telah menerima tawaran membekal produk sejuk beku berasaskan daging arnab melalui karnival tersebut. Malangnya kami masih belum ada kapasiti untuk mengeluarkannya dalam skala besar....huhuhu ( Lom cukup modal daaa )

Misi seterusnya adalah penjualan secara mingguan. Expo atau karnival sebelum2 ini hanyalah event berkala. Kami perlu menjana pendapatan secara konsisten. Maka untuk tujuan itu, kami memilih untuk berniaga 3hari seminggu (Jumaat, Sabtu, Ahad) di kawasan yang paling sesak di Negeri Melaka ini iaitu di Uptown Banda Hilir. Kami mula menyertai Pahlawan Walk pada pertengahan Disember lalu.
Menjual 20ekor arnab sehari ada terlalu senang di sini. Setiap hari kami mensasarkan jualan 3 ekor arnab hi-grade (RM100~RM250), 7 ekor mid-grade (RM25 ~RM80) dan lo-grade (RM15~RM20), itu sahaja.
Purata jualan kami adalah RM600 satu malam. Pada awal bulan pula kami sasarkan RM1000 satu malam. Alhamdulillah kami mencapai 100% on target setakat ini hatta pada hari pertama berniaga disitu.
Kami ada langkah baru. Cuma belum berani untuk menjelaskannya disini pada waktu ini. Insyallah bila tiba waktunya akan kami kongsikan dengan anda semua.